Assalamualaikum..
Dah lama aku tak buat post terbaru. Sejak bertukar ke "alamat rumah" yang baru nih, ini post pertama aku buat.Agak sibuk ngan jadual harian walaupun sebenarnya tak berapa sibuk dan masih ada ruang untuk aku buat post di blog nih.
Apa pun, hari nih cuma nak crita kaitan antara nombor seperti yang tertera pada tajuk. Hampa jangan salah faham, aku bukan kaki nombor apatah lagi main nombor. Muahahahaha..
Bukan juga penjual mapiau tepi jalan yang menunggu pelanggan bertuah mengetahui nasib mereka yang sememangnya hampess. Zaman skang aku rasa penjual mapiau tepi jalan dah tak bleh cari makan lagi kerana kepesatan teknologi dimana apapa saja dihujung jari jek.
Normbor yang aku maksudkan hari nih adalah berkaitan tarikh. Tarikh yang sesetengah orang amat prihatin. Tarikh keramat, bertuah, cantik dan sebagainya. Maka bermacam aktiviti seperti kenduri kawen, kelahiran menjadi amat penting sampai ada yang sanggup bersungguh-sungguh mempunyai sesuatu yang amat bermakna pada tarikh tersebut.
Tanggal 12/12/2012 @ 12/12/12 menjadi pilihan ramai untuk melaksanakan impian kerana kelihatan amat cantik. Jika dilihat di dada akhbar semalam, perkahwinan & kelahiran menjadi seperti satu keajaiban jika jatuh pada tarikh tersebut. Entah la..
Tetapi, ada lagi tanggal yang agak istimewa, yang mungkin tak ramai peduli, tak ramai amik kisah seperti kisahnya tanggal 12/12/12. 1/2/34. Susunan cantik 1234 yang jatuh pada hari ini. 1 Safar 1434 Hijrah. Ada sapa-sapa buat majlis kenduri kawen hari nih?
Sila jemput aku sebab aku teringin plak nak makan nasik kenduri.
Wokeh, itu jek aku nak bagitau.Jumpa lagi di lain entry.