Seperti biasa, aku masih buntu idea untuk menulis kat blog ni. Sememangnya aku bukan dilahirkan sebagai pemikir, apalagi seorang penulis. Apa yang aku zahirkan kat sini, semuanya hanya lintas langsung dari akal aku yang kadang-kala tidak dapat berfikir dengan waras.
Banyak masa aku zahirkan dengan melepak bersembang dengan kawan-kawan seperjuangan yang berbagai latar belakang dan berjuang sedaya mampu untuk meneruskan hidup. Segelintir daripada mereka sudah berumur dan ada juga yang masih muda belia. Namun, kami biasanya sealiran. Itulah kami, golongan kecil yang berjuang saban hari memperdagangkan barang demi untuk kepuasan orang lain. Walaupun ada dikalangan kami yang mempunyai pendapatan tetap disiang hari, tapi kehidupan kami lebih terserlah di malam hari sebagai peniaga tetap di sebuah mini uptown.
Tetapi, kadang-kadang kami juga tidak lepas dari ujian. Ujian dari Maha Pencipta, turunnya hujan dan keadaan cuaca yang tak menentu kala ini, membuatkan kami terpisah. Tak dapat berkumpul seperti biasa, tak dapat bergelak ketawa bersama-sama, tak dapat bergosip menambahkan dosa kering bersama.. tak dapat minum dan makan bersama dan juga tak dapat meluahkan perasaan gembira bila mendapat jualan yang luar biasa. Juga perasaan kecewa ketika gagal mendapat pulangan seperti yang diharapkan.
Banyak aktiviti kami bersisa di Mini Uptown ini pada malam hari. Jadi, apabila hujan melimpahi kawasan ini, segala aktiviti kami terbantut. Beruntunglah mereka ini jika ada teman bersembang di rumah jika tak dapat keluar, tapi bagaimana dengan aku? Terasa amat sunyi dan waktu seperti mempermainkan aku kerana aku rasa masa amat perlahan untuk bergerak. Tidur mungkin ubat paling berkesan untuk melenyapkan kesunyian yang aku alami. Tapi, bolehka aku tidur sepanjang malam. Amat payah untuk melelapkan mata, tapi amat mudah pula untuk berjaga. Nasib badan, dah jadi kebiasaan tidur lewat.
Saat ini, baru aku rasa perlu ada sesuatu yang boleh aku lakukan jika terjadi lagi seperti ini setiap kali. Mungkin dengan berblog boleh mengubah diari harian aku selepas ini. Tapi tak tau la sampai bila. Pengalaman sudah aku amatlah mengecewakan. Banyak dah blog aku terabai. Harap kali ini aku mampu menguruskan blog aku ini dengan baik.
Hadui, masih belum mengantuk walaupun suasana amat sunyi sepi.




0 comments:
Post a Comment